Tuesday, January 3, 2012

The ONE

masa mula-mula suka sama suka, kau minta aku supaya jujur dan setia. supaya sayang kau apa adanya. supaya cinta kau seperti tiada yang lainnya.

aku ikutkan saja, semua yang kau mahu semua yang kau pinta. hingga di akhirnya, yang terluka itu aku seorang yang rasa. dan baru aku sedar, selama ini aku terlupa.

yang selayaknya aku jujur dan setia, aku sayang dan aku cinta seperti tiada yang lainnya itu hanyalah DIA. DIA yang satu yang MAHA BERKUASA.

kita berjumpa kerana DIA, dan aku tidak menyesal kita berpisah kerana terlalu jauh dari jalan-NYA. sayang, bila kau sudah kembali ke jalan yang satu itu, datanglah dan temui aku. bimbing aku ke syurga-NYA. aku mahu kita bersama bahagia di sana. :')

1 comment: