kau tahu, aku jarang dapat peluang untuk memilih. semuanya telah ditentukan, walaupun bukan dengan kerelaan aku. seksa? memang selalu aku rasa. aku cuma diamkan, bila mereka berkata itu dan inilah yang terbaik buat aku. hingga akhirnya aku kecundang, tiada satu tangan pun yang dihulur dari kalangan mereka itu.
tapi aku bersyukur, aku masih diberi peluang untuk memilih kau, sebagai kekasih hati dan mereka, sebagai teman suka duka. itu semua sudah cukup buat aku gembira.
kerana engkau dan mereka lah yang selalu buat aku bahagia. terima kasih semua. :D
No comments:
Post a Comment