Sunday, August 21, 2011

Love Letter

orang selalu cakap kalau sayang sesiapa, jangan sayang sepenuh hati. takut nanti merana diri. tapi saya tak boleh kalau tak sayang awak sepenuh hati saya. mungkin kerana di setiap gelak tawa saya awak yang jadi puncanya, dan mungkin juga kerana sedih duka air mata saya awak yang sentiasa ada.

tipu lah kalau saya cakap tak pernah rasa geram atau marah terhadap awak. saya mengaku, pernah je saya rasa benci terhadap awak. tapi sayang saya untuk awak lagi banyak tau. :)

saya tak akan lupa apa yang awak pernah buat untuk saya. masa orang lain sibuk ucapkan selamat jalan sebelum saya pergi, awak sibuk berada di sebelah saya semata-mata nak teman saya sepanjang perjalanan. saya tidur, awak masih berjaga. bila saya terjaga, awak dodoikan saya supaya saya dapat tidur balik. alasan awak perjalanan masih jauh dan saya memerlukan rehat yang cukup.

so sweet, awak!

awak selalu cakap, awak tak dapat bagi saya kemewahan. takpe, awak. saya tak pernah kisah pun pasal tu. cukup lah dengan top up yang awak selalu share tu, awak belanja saya makan time keluar date, semua tu dah cukup buat saya happy.

awak belajar rajin-rajin tau, supaya cita-cita awak nak bahagiakan saya tu tercapai. apa-apa pun, pentingkan family awak dulu ya. ibu dengan abah awak, dan adik-adik awak yang cantik-cantik comel-comel tu. :)

maaf sebab sepanjang kita in a relationship ni saya banyak buat benda yang awak tak suka. saya ni anak manja, suka memberontak (awak yang cakap, bukan saya XD). maafkan saya tau. ily so much, MOHAMAD NAZREN. :')

No comments:

Post a Comment