pertama kali sejak mula-mula aku ke sini, baru ketika ini hati ini memberontak mahu pergi. bukan aku pinta, cuma ia yang datang sendiri. seperti yang aku jangka, setiap satu yang ada di sekeliling aku, pasti akan berubah satu-persatu.
hati aku sendiri, siapa yang menemani?
hati aku menangis, siapa yang pujuk?
hati aku menjerit, siapa yang dengar?
kau gembira di situ, sedangkan aku cuba mententeramkan hati sendiri. kau ketawa, sedangkan aku bermuram durja. kau makan dengan senang hati, sedangkan aku... kalau kau masih mengerti, satu saja yang aku pinta. fahami hati aku, walaupun sekadar di permukaan. aku tahu, kau sudah bahagia sekarang. tapi, jangan kau lupa siapa yang selalu berada di sisi engkau ketika engkau bersedih suatu masa dulu.
aku mahu pulang, ke satu-satunya tempat yang aku diterima. ke satu-satunya tempat yang boleh buat aku gembira. ke satu-satunya tempat yang ada ruang untuk aku. kau, selamat bergembira aku ucapkan. semoga kau selalu gembira.
TERIMA KASIH untuk kau..
No comments:
Post a Comment