Sunday, December 27, 2015

Tolong Pergi

Aku bukan jenis yang suka mengimbau kenangan memb*b* buta.
Apa yang aku kenang, semuanya benda yang betul-betul bermakna. *at least bagi aku*

Bila aku kata stop, tak payah lagi nak kenang apa yang pernah jadi antara kita, itu bermakna kalian aku dah buang jauh-jauh.
Jangan tanya kenapa, sebab aku malas nak ungkit satu-persatu antara 1001 sebab aku buat macam tu. 
Sebab nanti kalian yang sakit hati.

Jadi tolong, jangan babitkan aku dengan kalian lagi.
Aku tak perlukan gunting dalam lipatan, api dalam sekam serta talam bermuka-muka dalam hidup aku.
Cukup lah apa yang aku ada, sesungguhnya aku sangat bahagia, tanpa kalian semestinya.


Sangka Baik

Aku selalu cakap dalam hati,

Untuk setiap orang yang pergi akan ada satu yang datang ganti.
Untuk setiap dugaan yang Allah bagi, nikmat yang aku dapat selalu lebih lagi.

Sangka Baik, Sabar.
Memang pada dasar nampak macam kau lemah, selalu sangat berserah.
Tapi ada satu yang mereka tak nampak.
Bila kau berserah, hidup kau sebenarnya lebih indah.

Kepada mereka yang masih mahu mencari salah, yang masih mahu hidup dalam kenangan lama, biarkan.

Sesungguhnya hidup mereka yang sekarang tak seindah dulu gamaknya. :)

Saturday, December 26, 2015

Kueh Talam

Kau suka bermuka-muka? Tak penat ke? Dapat apa?
Kau suka buat cerita? Seronok ya? Banyak dah kumpul pahala?

Umur makin bertambah, tapi akal macam makin berkurang je. Ke memang sengaja?

Kesian. Memang kesian. Nasib baik kita cuma 'berkawan'. Tapi tu dulu lah kan. Nasib baik cuma dulu, sekarang bukan. :D

Tanya Je

So,
Kau tak penat ke asyik buruk sangka?
Tak pernah rasa berdosa ke mulut asyik nak puaka?
Bangga sangat ke sebar aib orang merata?
Atau kau rasa kau Tuhan empunya alam semesta?

Mungkin kau masih belum terasa, hilang kawan kerana mulut tak terjaga.
Mungkin kau rasa kau betul sentiasa, sebab masih ada yang jadi penyokong setia.
Nanti bila hilang semua, baru kau tahu hidup ni bukan untuk puaskan hati kau seorang semata-mata.